Tuesday, January 20, 2009

Motivasi..........berani berubah!

Saudaraku.......usahlah ditangiskan pada percintaan yang gagal kerana kadang-kadang itu adalah yang terbaik. Sebagai maklukNYA yang lemah, kita sering menidakkan hakikat bahawa DIA mengetahui segala-galanya. Pasti ada hikmah di sebalik kegagalan.

Seperti saya. Dulu semasa saya kerap kali keguguran, saya sering menyalahkan takdir sehinggalah suatu hari saya melihat keadaan yang sama berlaku pada seorang rakan. Saya bertanya kepadanya, tidakkah dia sedih? Katanya masih banyak nikmat hidup yang ALLAH berikan. Jadi untuk apa ditangisi sesuatu yang sudah terjadi? Dia berprasangka baik. Katanya lagi, mungkin jika anaknya hidup, anak itu akan cacat. Menyedari dia bukanlah seorang yang penyabar, dikhuatiri anak itu akan dianggap sebagai beban suatu masa nanti. Mungkin juga dia tidak boleh jadi ibu yang baik. Terdetik ketika itu.....mungkin itu hikmahnya kerana aku pun begitu.

Sejak itu saya mula berubah. Setiap apa yang terjadi, saya yakin pasti ada kebaikan buat saya dalam apa bentuk pun. Itu juga yang menggerakkan saya sebagai seorang motivator. Saya bercakap dari pengalaman dalam semua ceramah motivasi saya. Bukan dari kajian akademik semata tetapi dari hati. Saya bersuara secara santai dan dan tidak rasmi. Itulah yang indah....bila ia lahir dari pengalaman hidup. Terlalu banyak dugaan yang melanda. Betapa saya rebah hingga tersungkur tiada yang tahu. Tapi saya ada DIA. Anda juga sebenarnya ada DIA. Ingat tu.

Saya telah berjaya bangkit dan masih berusaha untuk bangkit ke arah yang lebih baik. Saya percaya anda pun boleh. Tentang cinta, ingatlah bahawa semua yang ada di atas tanah adalah tanah juga. Sesayang manapun kita pada seseorang, sekasih manapun dia kepada kita, hakikatnya kekal kita tetap terpaksa juga berpisah dengannya suatu masa nanti. Jika adapun pertemuan, biarlah yang kekal di sana.

Cintailah yang Maha Kekal kerana itulah cinta maha agung. Sesungguhnya manusia itu tidak pernah memiliki dan dimiliki. Jika ya, kenapa bila mati perlu ditanam, dibakar dan sebagainya? Kenapa kita tidak menyimpan mayat itu biarlah memilikinya.

Saudaraku…..cinta yang suci tempatnya di hati dan saya yakin kita semua memilikinya.

Jumpa lagi, salam sayang. Berani berubah!

SUZANAWATI ISMAIL

Sembang & Celik Undang-Undang

Sebarang komen tentang tajuk yang ingin anda tahu atau sebarang pertanyaan sila ajukan dan email: suzanawatiismailmotivator@gmail.com

Selamat Datang / Welcome

Selamat Datang buat bloggers....