Tuesday, March 10, 2009

jom beristighfar...itu tanda kita hambaNYA!

Ada orang yang menganggap dirinya terlalu hebat sehingga tidak ada cacat cela pada dirinya.Ada pula yang menganggap dirinya terlalu hina sehingga tidak ada kebaikan yang ALLAH ciptakan padanya.Inilah 2 sikap-ujub ( taksub pada diri ) dan putus asa yang mempunyai nilai negatif yang terlalu buruk sehingga dikecam oleh agama. Ini kerana apabila kita merasa diri kita hebat sedangkan tak ada satu benda pun yang kita mampu cipta walau jari kita sendiri, kita akan jauh dari rahmat ALLAH.Apabila kita mudah pula berputus asa, kita sebenarnya tidak yakin dengan kasih sayang ALLAH atas setiap ujian yang datang malah kita sebaliknya mengundang kemurkaan NYA.
Jadi, apa ubat kedua-dua penyakit ini? Jawabnya satu je, Istighfar banyak-banyak.Bila beristighfar, dosa akan mudah terampun, putus asa dan ujub akan mulai hilang. Rasa hamba mudah datang . Sedar tak sedar, pintu rezeki akan terbuka.
Saya bawakan perkara ini kerana menjawab 2 pertanyaan.Pertanyaan pertama dari seorang yang cukup angkuh.Saya namakan beliau sebagai A. Bagi A , tidak ada satu benda pun yang tidak boleh dilakukannya.Dialah yang terhebat, tersempurna dan terkacak.Satu hari, kami ada bertikam lidah sedikit. Atas ketaksuban dan ujub dirinya, dia merasa terlalu megah sehingga dia berkata tanyalah apa saja , pasti dia boleh menjawabnya.
Lalu saya berkata, jika betul dia pandai cukup dengan satu soalan, kenapa syaitan dan iblis bila di hari kiamat esok, dihukum dengan dibakar dalam api sedangkan mereka telah dicipta dari api.A terdiam lalu dia cuba mengenakan saya balik dengan bertanyakan jawapannya.Saya tidak menjawab tapi terus menampar mukanya.Dia menjerit sakit. Saya berkata itulah jawabnya. Bukankah mukanya dibuat dari daging dan tangan saya yang menamparnya juga dari daging? Sepatutnya tidak sakit,kan.Sebab dua-dua dibuat dari benda yang sama.Begitulah dengan iblis dan hukumannya. Saya katakan padanya, setiap benda dalam dunia ni pasti ada yang mencipta.Kerusi meja dan jasad kita tak terjadi dengan sendirinya.Kalau betullah kau hebat, cuba engkau tahan tidur selama seminggu.Paling teruk pun, jangan buang air selama 24 jam. Ini kerana A memang dikenali di kalangan kami sebagai orang yang suka ke tandas setiap 1/2 jam dan kaki tidur . Terdiam dia. Saya katakan padanya lagi jika itupun kita tak mampu buat, maka apa hebatnya kita.Beristighfar lebih baik kerana itu sifat hamba.
Saya juga mempunyai kawan yang pernah berputus asa tapi alhamduliLLAH telah kembali ke pangkal jalan.Apabila kekasihnya meninggalkannya, dia yang terlalu bergantung harap dengan lelaki itu terus tenggelam punca sehingga tak tahu macam mana mahu hidup.Sehingga pernah dia terfikir untuk bunuh diri. Saya dan beberapa rakan telah cuba menasihatkan tetapi tak jalan.Lalu satu hari saya cakap dengan dia supaya selama sebulan, banyakkan istighfar. Sambil-sambil tu bantulah ibubapanya di kedai setakat daya.Selepas sebulan, dia ada menghubungi saya. Katanya alhamduliLLAH, hatinya kembali damai, semangat untuk hidup telah pulih. Malah dia kini telah bertunang dengan jejaka yang jauh lebih baik dengan yang lama.
Jadi, jom...kita istighfar kerana itu adalah yangtebaik untuk kita yang sentiasa berdosa dalam sedar atau tidak.Berani berubah!