Tuesday, March 23, 2010

Undang-Undang Itu "Alahai Mudahnya....

Salam hormat,

Undang-undang atau peraturan duniawi atau ukhrawi amat perlu dan saling kait mengait. Cuma kita sahaja yang buat-buat tak tahu atau sememangnya tidak mahu ambil tahu.

Ramai kalangan kita apabila diajak bersembang mengenai undang-undang atau ke majlis yang ada kena mengenai perkara tersebut, akan cuba mengelak atas alasan ia adalah sesuatu perkara yang terlalu susah (rigid) atau membosankan.

Malah ada juga yang merasakan ia adalah satu perkara yang tidak perlu diambil pusing. Selagi tidak kena batang hidung sendiri, buat apa hendak ambil peduli.

Ada juga mula mengambil tahu, apabila hendak membeli rumah, buat pinjaman bank atau kena saman. Ada juga kawan-kawan di luar sana yang hanya akan mengelabah jika ada saudara mara yang kena tangkap polis. Masa itu baru terfikir dan kebinggungan apa yang hendak dibuat. Harap-harap kita tidak begitu.

Alahai, kenapa begitu sekali pemikiran kita sedangkan ilmu perundangan ini adalah satu ilmu sahsiah diri yang sebati dalam diri kita tanpa kita sedar. Malah islam sendiri amat mengalakkan kita mengetahui, menpelajari serta mempraktikkannya. Ia lebih kepada ilmu displin dan bukan undang-undang sesebuah negara.

p/s: untuk pembacaan lanjut sila dapatkan AKHBAR ILUVISLAM. 1-14 mac, 2010, m/s:38.